Watie selamat bersalin, Shuib timang anak perempuan - Utusan Malaysia

Watie selamat bersalin, Shuib timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy dan mummy. Terima kasih sayang (Watie) jadi seorang wanita yang sangat luar biasa.”

Demikian kata pelawak, Shuib memaklumkan isterinya, Watie Hanifiah telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, petang tadi.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 42, turut meluahkan rasa bersyukur apabila segala urusan isterinya untuk melahirkan anak kelimanya itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah semunya cukup senang dan dipermudahkan. Perancangan Allah luar biasa, kita reda, tawakal dan bersyukur selalu.

“Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #ajz ,” tulisnya di Instagram.

Dalam hantaran sama, Shuib turut berkongsi foto puterinya itu serta cebisan momen ketika isteri tercinta berada di bilik bersalin.

Bagaimanapun, Shuib belum mendedahkan wajah serta nama anak kelimanya itu.

Sementara itu, ruangan komen hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta netizen yang rata-ratanya gembira dengan kelahiran puteri keduanya itu.

Pada Mei tahun lalu, Watie memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada kehamilan pertamanya.

Untuk rekod Shuib dan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah berkahwin pada 23 Jun 2023.

Shuib juga memiliki empat orang cahaya mata hasil perkongsian bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN