Warga emas didenda RM2,000 kerana tumbuk penunggang motosikal

Warga emas didenda RM2,000 kerana tumbuk penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang warga emas didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk seorang penunggang motosikal di Lebuh Putra Utama, Bandar Putra, di sini Jumaat lalu.

Orang kena saman (OKS), Yeoh Ah Chai, 62, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, R. Salini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sehingga dua bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS yang merupakan seorang pemandu grab didakwa telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang penunggang motosikal berusia 37 tahun dengan cara menumbuk di bahagian badan di lokasi tersebut pada pukul 5.45 petang, 3 April lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 1 tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, berlaku kejadian himpit menghimpit antara kereta Perodua Alza dipandu OKS dan motosikal ditunggang mangsa, sebelum OKS bertindak keluar kereta dan menendang motosikal mangsa sehingga jatuh.

OKS kemudian turut menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian perut sehingga mengakibatkan soft tissue injury terhadap mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Weng Hong manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Seay Sean.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN