Warah Sendayu teroka kerjasama strategik bersama Pusat Perubatan Islam as-Syakirin - Utusan Malaysia

Warah Sendayu teroka kerjasama strategik bersama Pusat Perubatan Islam as-Syakirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warah Sendayu Resources Sdn. Bhd. (WSR) terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan dalam industri kesihatan dan kesejahteraan apabila menerima kunjungan Pusat Perubatan Islam as-Syakirin dalam satu sesi perbincangan strategik baru-baru ini.

Delegasi pusat perubatan tersebut diketuai oleh Ustaz Syakir, dengan sesi pertemuan berlangsung di pejabat serta fasiliti kilang syarikat. Kunjungan itu bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik, khususnya dalam pembangunan dan pengedaran produk kesihatan berasaskan gabungan rawatan Islam dan inovasi moden.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada segmen kesihatan wanita, termasuk pembangunan produk penjagaan dalaman yang menyokong kesejahteraan menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif WSR, Kumares Chandra Kumar berkata, pertemuan tersebut membuka ruang kepada pendekatan kesihatan yang lebih holistik.

“Kami melihat potensi besar dalam menggabungkan kepakaran rawatan Islam dengan pembangunan produk kesihatan moden. Usaha ini mampu memberi nilai tambah kepada pengguna serta menyediakan penyelesaian yang lebih menyeluruh dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen syarikat dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bagi mengukuhkan kedudukan WSR di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan, Threhvikram Chandra Kumar menjelaskan, setiap potensi kerjasama akan dinilai secara teliti berdasarkan keupayaan pertumbuhan jangka panjang dan keberkesanan pasaran.

“Kami menitikberatkan pertumbuhan mampan, kecekapan kos serta pengurusan sumber yang strategik. Kerjasama seperti ini diyakini mampu membuka peluang baharu dalam segmen kesihatan wanita yang kian berkembang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ustaz Syakir menekankan kepentingan pendekatan rawatan berasaskan nilai Islam yang mengimbangi aspek fizikal dan spiritual dalam penjagaan kesihatan.

Pertemuan tersebut dilihat sebagai langkah awal ke arah pembentukan kerjasama lebih kukuh antara kedua-dua pihak dalam usaha menyediakan produk kesihatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

WSR optimis hubungan yang terjalin bakal menjadi asas kepada kerjasama strategik pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh peranannya dalam memperkenalkan produk kesihatan berkualiti dan dipercayai di pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN