Wanita memandu bawah pengaruh alkohol gagal bayar denda RM13,000 dipenjara

Wanita memandu bawah pengaruh alkohol gagal bayar denda RM13,000 dipenjara

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita yang memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Genting Klang semalam, didenda RM13,000 oleh Mahkamah Trafik Kuala Lumpur.

Hukuman dijatuhkan selepas wanita berkenaan yang dituduh di bawah Seksten 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, mengaku bersalah atas pertuduhan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.22 malam melibatkan sebuah kereta jenis BMW X1 dan sebuah motosikal Yamaha LC135. Kajadian turut tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati, pemandu wanita tempatan berusia 42 tahun itu gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar motosikal berkenaan yang bergerak lurus dengan lampu hijau.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal berusia 22 tahun mengalami kecederaan ringan iaitu bengkak di lutut kanan.

“Manakala pembonceng berusia 15 tahun serta pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ujian alkohol ke atas pemandu kereta mendapati bacaan sebanyak 183 miligram/100 mililiter.

Dalam pada itu, OKT telah gagal bayar membayar denda dan akan dipenjarakan enam bulan sehingga denda itu dibayar.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×