Wanita lumpuh separuh badan rentung dalam kebakaran

Wanita lumpuh separuh badan rentung dalam kebakaran

PASUKAN Bomba ketika operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah teres di Taman Mantin Baharu, di Nilai, Seremban, semalam.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita maut selepas rumahnya teres yang didiaminya terbakar di Taman Mantin Baharu, Nilai di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.33 malam itu, mangsa ditemui rentung di dalam bilik utama rumah berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.33 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin dan tiba di lokasi sekitar pukul 11.38 malam.

“Sebaik tiba di lokasi didapati benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah teres berkeluasan 20 x 30 kaki persegi yang musnah sepenuhnya.

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang wanita berusia 32 tahun ditemui rentung di dalam bilik utama rumah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Katanya, operasi berjaya dikawal pada pukul 11.50 malam dengan kekuatan 14 anggota dari BBP Mantin dan bantuan BBP Nilai. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar berkata, beliau difahamkan mangsa, MV. Jitra merupakan pesakit strok dan lumpuh separuh badan.

Menurutnya, mangsa belum berkahwin dan tinggal berdua bersama adik lelakinya di rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa tinggal di rumah berseorangan manakala adik lelakinya keluar membeli makanan. Saya dimaklumkan penduduk yang menghubungi bomba selepas menyedari rumah itu terbakar,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN