Wakil rakyat yang dipecat Bersatu dialukan sokong PN

Wakil rakyat yang dipecat Bersatu dialukan sokong PN

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dialu-alukan untuk menyertai dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada parti baharu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun beliau berkata, MP yang dipecat tersebut dialukan untuk menyertai PN bagi mengukuhkan gabungan itu. 

“Mesyuarat PN dijangka diadakan pada bulan hadapan dan akan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Me­laka serta pelantikan pengerusi-pengerusi negeri yang masih belum dilantik.

“Setakat ini kita belum menerima permohonan dari parti yang dikaitkan dengan Datuk Seri Hamzah. Namun kita mengalu-alukan Ahli Parlimen yang dipecat menyatakan sokongan kepada PN,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq berkata, parti baharu yang bakal diterajui oleh Hamzah Zainudin akan memohon menyertai PN selepas penubuhannya diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN