Veteran ATM bakal dibantu ceburi bidang pertanian

Veteran ATM bakal dibantu ceburi bidang pertanian

AMIRUDDIN Shari ketika ditemui pemberita di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Selangor bantu seramai 40 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menceburi usahawan pertanian.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sudah mengenal pasti seluas 20 hektar di pelbagai daerah di negeri itu termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

“Sekiranya operasi ini berjaya, saya percaya ia boleh dilebarkan ke tanah-tanah milik kementerian, ia sekali gus akan membantu veteran-veteran ATM untuk menyambung kehidupan mereka selepas persaraan.

“Di pihak PKPS, kita sudah bekerjasama sebelum ini di Kem Terendak untuk Ehsan Mart yang beroperasi untuk menguruskan ataupun mart di sana. Ia sudah mulai sejak awal April,” katanya ketika ditemui pemberita di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, projek melibatkan veteran ATM akan dimulakan dengan penanaman cili dan tanaman-tanaman lain.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ia bergantung kepada kesediaan peserta.

“Tetapi ia bukan seperti tanaman durian kena tunggu 10 ke 20 tahun untuk mendapat hasil. Mungkin dalam 20 hektar ada 40 peserta.

“Kalau kita dapat tanah lagi yang luas, kita akan bekerjasama tetapi kita nak tengok operasi projek pertama ni dahulu,” katanya.

Tambahnya, pengalaman Kementerian Ekonomi melalui Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat, Usahawan Tani (IPR-INTAN) juga akan diimplikasikan.

“Hasil daripada projek ini akan kita bawa untuk jual di pasar dan rangkaian kita termasuk Jualan Ehsan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN