GEORGE TOWN : Tindakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan terhadap PKR disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia akan melemahkan parti itu dan kerajaan di mata rakyat. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, A. Kumaresan berkata, jika benar Rafizi menganggap dirinya lebih ‘kuat’ daripada parti, maka, pemimpin tersebut perlu berundur dan tidak bersikap seperti ‘talam dua muka’. “Cukuplah sandiwara ini. Rafizi tidak boleh terus berada…










