Tukun tiruan 15 tan kekang aktiviti pukat tunda di Tumpat

Tukun tiruan 15 tan kekang aktiviti pukat tunda di Tumpat

KERJA-kerja melabuhkan turun tiruan dilakukan bagi menambah hasil laut dan melindungi kawasan perairan Tumpat, Kelantan daripada ancaman pukat tunda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tukun tiruan seberat 15 tan metrik kini menjadi ‘benteng’ ampuh dalam mengekang aktiviti pukat tunda di perairan Tumpat yang selama ini mengancam ekosistem marin dan sumber rezeki nelayan pesisir pantai.

Pengarah Perikanan Kelantan, Ismail Ibrahim berkata, tukun setinggi 2.6 meter dan lebar serta 2.5 meter lebar itu turut berfungsi memperkukuh sumber perikanan selain memulihkan ekosistem marin yang terjejas akibat aktiviti manusia dan perubahan persekitaran.

“Bagi meningkatkan lagi fungsi tukun tiruan ini, rekabentuk dan spesifikasi dibuat mengikut kesesuaian lokasi peletakan yang bertujuan mewujudkan kawasan agro-pelancongan yang tertumpu kepada aktiviti perikanan rekreasi dan selam skuba. 

“Hari ini, kita (Jabatan Perikanan Negeri Kelantan) telah melabuhkan sebanyak 16 unit tukun tiruan berkonsepkan konservasi berbentuk kuboid di perairan Tumpat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ismail berkata, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pemuliharaan sumber marin serta menjamin kelestarian sektor perikanan negara.

Katanya, usaha ini penting bagi memastikan keseimbangan ekosistem terus terpelihara di samping melindungi sumber pendapatan nelayan untuk jangka panjang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN