Tiga rakan maut nahas libatkan kereta, lori

Tiga rakan maut nahas libatkan kereta, lori

KEMALANGAN jalan raya melibatkan sebuah kereta Honda City dan sebuah lori menyebabkan tiga maut berlaku di Jalan Felda Hutan Percha, Alor Gajah petang semalam. FOTO IHSAN IPD ALOR GAJAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga rakan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Felda Hutan Percha di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah lori rigid.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, seorang penumpang belakang kanan kereta terbabit berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, dua lagi mangsa iaitu pemandu berusia 23 tahun dan seorang penumpang berusia 24 tahun pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka hari ini.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke Segamat hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kereta tersebut kemudiannya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Tebong menghala ke Cheng.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta Honda City yang sedang bergerak telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan bertembung dengan lori yang tidak sempat mengelak, “ ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga lagi yang cedera ialah seorang lagi penumpang kereta berusia 23 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka.

“Pemandu lori berusia 59 tahun dan kelindannya berusia 28 tahun pula mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tampin,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN