PUTRAJAYA: Setakat pukul 3 petang ini, hanya seorang daripada empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. Manakala, tiga lagi anak Tun Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin masih belum kelihatan. Buat masa ini, tiada makluman mengenai kehadiran ketiga-tiga individu itu daripada SPRM sama ada hadir memberi keterangan hari ini…










