PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan tiada sebarang kompromi atau keistimewaan akan diberikan kepada mana-mana pihak yang melanggar syarat dan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, sebarang ketidakpatuhan, khususnya melibatkan unsur najis mughallazah seperti babi merupakan satu pelanggaran serius yang tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan tegas serta-merta. Katanya, pihak syarikat yang terlibat telah diarahkan menghentikan serta-merta…










