GEORGE TOWN : Tidak ada sebarang keperluan yang mendesak untuk melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada penjawat awam di Pulau Pinang buat masa ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan tersebut diambil selepas pihaknya menilai keperluan semasa bagi tujuan itu termasuk dari segi pengoperasian pentadbiran kerajaan dan sebagainya. “Ada sesetengah jabatan atau agensi kerajaan negeri memang memerlukan kehadiran secara fizikal di pejabat. Jadi, situasi itu mungkin menyukarkan operasi…










