KUANTAN: Kenaikan harga diesel sehingga RM6.02 seliter memaksa sebahagian besar nelayan C2 menurunkan kelas operasi kepada zon C demi kelangsungan hidup. Pengusaha bot laut dalam di negeri ini, Tengku Adnan Tengku Husin berkata, langkah menjual bot C2 dan beralih kepada operasi lebih kecil bukan pilihan mudah, tetapi terpaksa dilakukannya demi mengekalkan sumber pendapatan. “Kos operasi bot C2 yang mencecah lebih RM150,000 sebulan kini tidak lagi mampu ditampung hasil tangkapan, apatah…










