TUMPAT: Pesawah di negeri ini tidak menolak kemungkinan terpaksa menukar kerja dengan menanam sayur selepas hilang kemampuan untuk menyerap pertambahan kos susulan kenaikan harga diesel selain cuaca kemarau ketika ini. Seorang pesawah Abdullah Yusof, 62, berkata, dia sudah menanam sayur sebagai langkah awal bagi mengelakkan kantung kewangan terjejas sekiranya kos operasi mengusahakan padi terus naik. “Saya usahakan secara kecil-kecilan kerana mempunyai sumber tanah yang terhad. Jika ada tapak yang luas,…










