Sudah berkurang ke orang yang cakap berlapik? - Nabila Razali

Sudah berkurang ke orang yang cakap berlapik? – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalian, adakah ini perkara normal? Sudah berkurang ke orang yang cakap berlapik ini?”

Demikian kata penyanyi, Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang peminat yang didakwa tidak beradab mengkritik suaranya, baru-baru ini.

Menurut Nabila, individu berkenaan tanpa serba salah memaklumkan bahawa suaminya menggelarkannya artis bersuara ‘chipmunk’ ketika mahu berswafoto.

“Tadi ada orang datang nak ambil gambar dengan saya. Si isteri tanya ‘Nabila Razali kan?’ Saya pun iyakan saja dan senyum.

“Lepas itu, dia kata ‘suamilah yang nampak tadi. Dia kata ada artis’.

“Si isteri pun tanya ‘artis yang mana?’ dan suami pun jawab ‘ala artis yang suara chipmunk itu’, dia pun ceritakan semula apa yang suaminya kata terhadap saya serta ketawa kecil,” kongsinya dalan platform Threads.

Meskipun terkejut dengan selorohan tersebut, Nabila memilih untuk bersikap tenang namun mempersoalkan mengenai adab individu terbabit.

“Saya pun tengok saja muka akak itu sebab terkejut.

“Saya bertanya dalam nada ingin tahu. Sumpah tak marah,” katanya.

Dalam perkongsian lain, penyanyi lagu Pematah Hati itu maklumkan bahawa wanita berkenaan sudah memohon maaf kepadanya dan meminta warganet berhenti mengecamnya.

Nabila turut berkongsi tangkap layar mesej wanita berkenaan yang menjelaskan situasi sebenar selain mengakui khilaf keterlanjuran kata-katanya.

“Okey sudah kalian. Saya sudah dapat jawapan. Kakak itu tidak sengaja dan tidak bermaksud pun. Sudah, jangan marah-marah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN