PETALING JAYA: Keputusan untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Rakyat seperti dimohon pembangkang bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ini kerana surat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bertarikh 26 Mac lalu ditujukan kepada Perdana Menteri. Katanya, pihaknya turut menerima surat sama yang turut disalinkan kepadanya selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3) Dewan Rakyat yang membolehkan sidang khas…










