Saya tidak bercerita pasal anak istimewa kerana enggan dikata meraih simpati - Naqiu - Utusan Malaysia

Saya tidak bercerita pasal anak istimewa kerana enggan dikata meraih simpati – Naqiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Naqiu menafikan mahu bersikap pentingkan diri apabila berkongsi tentang anak istimewanya, Wan Alexander Putra menerusi podcast Kita-Kita Aje kelolaan Datuk Aznil Nawawi.

Sebaliknya, pemilik nama penuh Wan Naqiuddin Mohd Najib itu membuka cerita itu disebabkan kebimbangan mengenai masa depan anak tersebut apabila ketiadaannya nanti.

“Semuanya adalah tentang anak saya.

“Saya terkenang, bagaimana agaknya kalau satu hari nanti saya tiada. Ini kerana, hanya saya dan ibunya sahaja yang faham keadaannya dan mampu menjaga dia,” kongsi Naqiu.

Naqiu berkata demikian semasa sesi santai bersama Idayu, Azmi Saat dan Iskandar Ismail di Red Box The Garden, baru-baru ini.

Naqiu sebelum ini gagal menahan sebak ketika berkongsi cerita mengenai Alexander dalam podcast tersebut.

Naqiu dalam masa yang sama menegaskan luahan itu bukan perkara yang dirancang, malah berlaku secara spontan selepas ditanya Aznil dalam podcast berkenaan.

“Apa yang diluahkan, itulah yang selama ini saya pendam. Saya tidak rancang untuk bercerita tentangnya.

“Sebelum ini saya tidak berkongsi tentang Alexander kerana tidak mahu dikatakan cuba meraih simpati,” jelasnya.

Naqiu mendirikan rumah tangga dengan Hanisah Zuhari pada 2011 dan dikurniakan enam cahaya mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN