KANGAR: Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berlangsung selama setahun dengan pelbagai program diakhiri dengan kenduri rakyat dihadiri lebih 50,000 pengunjung di Dataran Lot 9 Kuala Perlis di sini semalam. Menariknya, kenduri rakyat terbesar itu juga diiktiraf dalam Malaysia Book Of Record dengan penyediaan 100 kawah masakan kurma daging Perlis yang dibuat serentak secara gotong-royong, membabitkan 25 ekor lembu. Selain keunikan pelbagai jenis…







