Ribut petir dijangka melanda kebanyakan kawasan di Semenanjung

Ribut petir dijangka melanda kebanyakan kawasan di Semenanjung

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir dijangka melanda kebanyakan kawasan di Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah, petang ini, namun Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal tidak mengalami hujan.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir turut diramal berlaku di beberapa kawasan lain seperti Perlis, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Bagaimanapun, tiada hujan dijangka di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, di Sabah, hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.

“Namun, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka kekal tanpa hujan.

“Di Sarawak, ribut petir dijangka di beberapa kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, manakala kawasan lain tidak mengalami hujan,” katanya.

Menjelang malam, MetMalaysia berkata, ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Perlis selain beberapa kawasan di Kedah dan Pahang.

“Selain itu, hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak manakala kebanyakan negeri lain di Semenanjung dijangka tidak mengalami hujan,” katanya.

Menurut MetMalaysia, keadaan angin di Selat Melaka adalah dari arah barat daya dengan kelajuan 10 hingga 20 kilometer sejam dan ombak setinggi 0.5 hingga 1.0 meter.

“Di Laut China Selatan, angin dijangka bertiup antara 20 hingga 30 kilometer sejam dengan ketinggian ombak antara 1.0 hingga 1.5 meter, manakala suhu di Kuala Lumpur dianggarkan antara 24 hingga 34 darjah Celsius,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN