Rakyat yang perlu isytihar tolak DAP daripada kerajaan - Akmal Saleh

Rakyat yang perlu isytihar tolak DAP daripada kerajaan – Akmal Saleh

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan Ahli Parlimen DAP agar kerajaan Melaka mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah disebabkan mereka gagal mentadbir negara dengan baik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan sebelum ini, negara turut berdepan krisis ekonomi, namun tidak pernah timbul cadangan untuk mengisytiharkan darurat.

“Dulu zaman BN menjadi kerajaan, kita menghadapi krisis ekonomi juga tetapi tiada pula cadangan untuk isytihar darurat. Hari ini krisis ekonomi berlaku di negara lain juga, namun tidak ada yang mengambil langkah tersebut.

“Bila Ahli Parlimen DAP mencadangkan darurat, maknanya kamu sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik. Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan,” katanya di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mencadangkan agar kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat sebagai langkah menangguhkan PRN.

Cadangan itu timbul ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api, sekali gus mencetuskan perbahasan mengenai kesesuaian mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, beberapa pemimpin politik turut menyuarakan pandangan agar pilihan raya ditangguhkan atas alasan kepentingan awam serta keperluan mengekalkan kestabilan ekonomi.

Situasi tersebut dikaitkan dengan ketidaktentuan ekonomi semasa yang memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN