PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa parti itu memecatnya segera sekiranya penjelasannya terhadap surat tunjuk sebab kedua dianggap melanggar perlembagaan parti. Katanya, Lembaga Disiplin PKR perlu membuat keputusan tegas dan segera berhubung kedudukannya dalam parti kerana rakyat sudah ‘mual’ dengan kemelut berkenaan. “Jika penjelasan saya itu dikira telah melanggar perlembagaan parti, jadilah seperti sebuah parti yang normal dengan mengambil tindakan memecat, seperti yang telah dibuat…










