Program Ziarah Pesara Uzur bukti keprihatinan kerajaan

Program Ziarah Pesara Uzur bukti keprihatinan kerajaan

FARIDAH menceritakan kepada Wan Ahmad Dahlan kecederaan yang dialami berpunca daripada kemalangan jalan raya ketika perjalanan ke tempat kerja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Program Ziarah Pesara Uzur kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak lebih 20 tahun lalu adalah pendekatan jabatan itu bagi menzahirkan keprihatinan terhadap pesara kerajaan dan sebagai tanda menghargai jasa mereka.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ia golongan pesara telah banyak berjasa kepada pembangunan negara dan juga kesejahteraan rakyat.

“Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kita bertanya khabar kepada pesara-pesara yang mana ada di antara mereka ini menghadapi masalah kesihatan, masalah kewangan dan sebagainya.

“Ini selari dengan rukun keenam dalam aspirasi Malaysia Madani iaitu ihsan. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepada penjawat awam untuk ada sifat ihsan, di mana kita merasa keperitan yang dirasai oleh pesara-pesara kita,” katanya selepas program Ziarah Pesara Uzur di sekitar daerah ini, hari ini.

Terdahulu, Wan Ahmad Dahlan melawat rumah tiga pesara yang uzur serta mengalami komplikasi kesihatan.

Dalam lawatan itu, beliau menyantuni ketiga-tiga pesara terbabit selain menyampaikan bantuan tunai serta barang keperluan harian dan kesihatan yang turut disumbangkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Wan Ahmad Dahlan berkata, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya hubungan antara mereka yang masih berkhidmat dan mereka yang telah bersara ini masih kekal terjalan dengan baik.

“Program ini sentiasa saya lakukan bersama pegawai-pegawai di JPA setiap kali mengadakan program di luar Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk bertanya khabar, sekurang-kurangnya kedatangan kami ini sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh pesara-pesara kita,” ujarnya.

Sementara itu, bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Faridah Mohamad Ali, 49, merasa terharu setelah menerima kunjungan JPA dan menghadiahkannya sebuah kerusi roda elektrik.

Faridah yang pernah bertugas di Balai Polis Ayer Hitam, di sini terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, pada 2018.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan tangan kirinya lumpuh setelah urat sarafnya terputus, memaksanya bersara pada Mac 2020 atas faktor kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN