Petugas haji iringi operasi haji dengan munajat

Petugas haji iringi operasi haji dengan munajat

PETUGAS haji TH menyertai solat hajat di Pejabat Operasi TH Madinah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Menjelang ketibaan ribuan jemaah Malaysia ke Tanah Suci, petugas haji Tabung Haji (TH) menyertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat semalam.

Majlis itu sebagai permulaan rohani buat barisan petugas yang bakal memikul amanah besar memastikan kelancaran operasi haji musim 1447H/2026M.

Selain itu, ia bagi memohon keberkatan, dipermudah segala urusan serta dikurniakan kejayaan sepanjang mengurus kebajikan, keselamatan dan keselesaan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.

Program dimulakan dengan solat Maghrib dan solat hajat berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin yang dipimpin Pengurus Bimbingan dan Ziarah Madinah, Mohamad Zahir Husin.

Majlis kemudian disusuli amanat ringkas Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun di samping pengisian tazkirah rohani oleh Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS), Saiful Nizam.

Majlis berkenaan mencerminkan kesiapsiagaan TH bukan sahaja dari sudut logistik dan operasi, malah pengukuhan spiritual dalam memastikan musim haji kali ini berlangsung lancar dan sempurna.

Operasi Haji 1447H/2026M telah bermula secara rasmi pada 18 April lalu yang membawa kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia bagi menunaikan ibadah haji secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN