JOHOR BAHRU: Kapal Ocean Thunder yang membawa muatan bahan api dan melepasi Selat Hormuz susulan konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran tiba di pelabuhan Pengerang, Kota Tinggi dekat sini pada pukul 7.37 malam tadi.
Perkara itu disahkan Petronas dalam kenyataan ringkas di platform Facebook, hari ini.
“Kapal Ocean Thunder telah tiba di Malaysia dengan satu juta tong minyak mentah dari Basrah, Iraq.
“Ini sebahagian daripada rangkaian bekalan yang luas, salah satu usaha Petronas dalam memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil,” katanya. – UTUSAN










