PETALING JAYA: Seorang pempengaruh, Ivan Khong, 30, tidak pernah mengeluh dengan setiap sumbangan diberikan kepada masyarakat. Walaupun usahanya menuntut pengorbanan besar terutama dari segi kewangan dan tenaga, Ivan berasa gembira apabila dapat merealisasikan impian pelajar kurang berkemampuan untuk memiliki komputer riba. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ivan yang juga pengusaha pusat komputer berkata, usaha tersebut dibuat selepas melihat potensi golongan pelajar kurang bernasib baik yang mampu mengubah kehidupan dan mencapai kejayaan…










