PETALING JAYA: Pelaksanaan bekerja dari rumah melibatkan penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mampu menjimatkan penggunaan bahan api sehingga RM10.03 bilion setahun. Anggaran itu mengambil kira kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan 500,000 pekerja GLC dengan penggunaan purata 200 liter petrol RON95 sebulan pada harga RM1.99 seliter. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, penjimatan berskala besar itu bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan api…










