P.Pinang setuju jadikan PWCC, SPICE Arena venue Sukan SEA 2027

P.Pinang setuju jadikan PWCC, SPICE Arena venue Sukan SEA 2027

MORDI Bimol (dua dari kiri) bersama Harry Chai Heng Hua (kiri) ketika meninjau keadaan semasa fasiliti serta keperluan teknikal bagi venue penganjuran Sukan SEA 2027 di SPICE Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang bersetuju untuk menjadikan Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) dan SPICE Arena di sini sebagai venue bagi penganjuran enam acara penting sempena temasya Sukan SEA di negeri ini tahun depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, PWCC di Gelugor dilihat berpotensi untuk menempatkan empat daripada enam acara tersebut iaitu judo, tinju, pingpong dan floorball.

Katanya, satu lagi venue iaitu SPICE Arena di Bayan Lepas pula sesuai bagi penganjuran acara seperti sepak takraw, snuker dan billiard yang bagaimanapun tertakluk kepada penyelarasan lanjut.

“Kita telah putuskan lokasi-lokasi ini sebagai venue untuk penganjuran Sukan SEA di Pulau Pinang. Bagaimanapun, keputusan rasmi akan dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri serta pihak yang berkaitan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau keadaan semasa fasiliti serta keperluan teknikal salah satu daripada dua venue tersebut iaitu di SPICE Arena di sini. Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua.

Selain Pulau Pinang, temasya yang dijangka berlangsung dari 18 hingga 29 September 2027 itu turut melibatkan beberapa venue lain iaitu Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Mordi berkata, ketika ini, kerja-kerja menaik taraf atau membaik pulih fasiliti di semua venue yang terlibat dengan penganjuran temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu berjalan mengikut jadual.

“Ya, saya berpuas hati dengan persiapan setakat ini. Di Pulau Pinang sebagai contoh, boleh dikatakan semua acara berlangsung di dalam dewan. Jadi, tidak ada masalah sangat (dari segi persiapan),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN