GEORGE TOWN : Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha untuk mengangkat serta memartabatkan warisan budaya termasuk warisan tidak ketara seperti seni persilatan di Pulau Pinang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, warisan itu bukan sahaja perlu dipelihara, tetapi ia juga perlu didokumentasi dan diwariskan kepada generasi akan datang supaya tidak pupus ditelan zaman. “Silat merupakan seni mempertahankan diri tradisional orang Melayu yang telah lama menjadi…










