Nelayan turunkan harga ikan biarpun harga diesel naik

Nelayan turunkan harga ikan biarpun harga diesel naik

WALAUPUN harga diesel naik ekoran ketegangan di Asia Barat, golongan nelayan ‘berkorban’ apabila menurunkan harga jualan hasil laut sebanyak RM1 sekilogram bagi memastikan pengguna tidak terus terbeban. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Walaupun harga diesel naik ekoran ketegangan di Asia Barat, golongan nelayan ‘berkorban’ apabila menurunkan harga jualan hasil laut sebanyak RM1 sekilogram bagi memastikan pengguna tidak terus terbeban.

Langkah luar daripada kebiasaan itu diambil walaupun mereka sendiri berdepan peningkatan kos rantaian bekalan termasuk pengangkutan dan bahan sokongan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Bharu, Nik Mohd. Kamal Husin berkata, keputusan tersebut dibuat bagi mengekang kenaikan harga di peringkat pemborong yang bergantung kepada kenderaan diesel untuk membawa bekalan ke pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika harga kekal, pemborong mungkin tiada pilihan selain menaikkan harga. Akhirnya pengguna juga yang terkesan.

“Jadi nelayan ambil pendekatan turunkan harga RM1 sekilogram supaya beban itu tidak dipindahkan kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nik Mohd. Kamal berkata, walaupun nelayan masih menikmati subsidi diesel untuk operasi menangkap ikan, kos lain seperti air batu blok turut meningkat dan menekan keuntungan mereka.

Katanya, kegagalan menyesuaikan harga boleh menyebabkan lambakan hasil laut selain menjejaskan kuasa beli pengguna dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Kenaikan diesel beri kesan menyeluruh kepada rantaian makanan. Jika tidak dikawal, pengguna berdepan kenaikan harga berganda,” ujarnya.

Beliau  berharap kerajaan dapat segera menstabilkan harga diesel bagi mengelakkan tekanan berterusan terhadap sektor perikanan dan pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini