Nash kena serangan jantung, jalani rawatan di hospital - Utusan Malaysia

Nash kena serangan jantung, jalani rawatan di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk Nash dimasukkan ke hopital akibat serangan jantung.

Berita duka itu dikongsikan Azlee Senario sebentar tadi.

”Datuk Nash dimasukkan ke Hospital Serdan akibat penyakit jantung. Beliau sekarang di tempatkan di wad,” katanya.

Dikhabarkan Nash, selepas membuat persembahan bersama Datuk Awie dan Datuk Amy, mengadu sakit badan.

”Pagi tadi dia terkena serangan jantung, terus anaknya hantar ke hospital serdang.

”Dia buat stand dan sedang pemulihan,” kata Azlee.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN