Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, insurans sering dianggap sebagai perkara yang boleh ditangguhkan berbanding satu keperluan.
Penangguhan yang kelihatan kecil mampu bertukar menjadi risiko kewangan yang besar apabila musibah berlaku.
Bagi ramai rakyat Malaysia, keputusan berkaitan insurans jarang dibuat melalui perancangan jangka panjang. Selalunya, perihal berkenaan insurans hanya diberi perhatian apabila tiba masa memperbaharui polisi atau apabila diwajibkan oleh penguatkuasa.
Corak ini mewujudkan jurang perlindungan bukan kerana insurans ditolak sepenuhnya, akan tetapi kerana kurangnya perhatian terhadap perlindungan insurans.
Walaupun pelbagai inisiatif celik kewangan telah dijalankan sejak bertahun-tahun, tahap pemahaman terhadap insurans dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah.
JURANG KEFAHAMAN DALAM PERLINDUNGAN INSURANS
Sehingga November 2025, Malaysia mencatatkan lebih daripada 15 juta kenderaan berdaftar termasuk MPV, jep dan lori. Insurans kenderaan menyumbang kira-kira 46.2 peratus daripada jumlah premium kasar industri insurans, menjadikannya antara kategori perlindungan terbesar di negara ini.
Skala ini menunjukkan bahawa insurans kenderaan merupakan antara bentuk komitmen kewangan yang penting bagi kebanyakkan isi rumah.
Namun begitu, pembaharuan polisi sering dilihat sekadar urusan rutin. Harga biasanya menjadi pertimbangan utama, manakala perkara seperti struktur perlindungan, pengecualian polisi, jumlah lebihan (excess), dan perlindungan tambahan jarang diteliti.
Keadaan ini mewujudkan jurang antara pemilikan insurans dan kefahaman sebenar tentang perlindungan yang dimiliki.
Jurang ini menjadi semakin membimbangkan kerana insurans kenderaan sentiasa berubah mengikut keadaan pasaran. Unjuran industri menunjukkan pasaran insurans kenderaan di Malaysia dijangka berkembang sekitar 6 hingga 7.5 peratus setahun dalam beberapa tahun akan datang.
Peningkatan pemilikan kenderaan, kos pembaikan yang semakin tinggi serta premium yang meningkat dijangka menaikkan jumlah premium kasar daripada sekitar AS$2.5 bilion pada 2025 kepada lebih AS$3.3 bilion menjelang 2030.
Apabila kos dan kerumitan meningkat, kekurangan pemahaman tentang perlindungan boleh membawa implikasi kewangan yang serius.
Perlindungan yang dahulu memadai mungkin tidak lagi sepadan dengan nilai semasa kenderaan, tahap risiko atau kos pembaikan.
Namun begitu, pembaharuan polisi masih banyak bergantung pada kebiasaan, bukan penilaian semula terhadap kesesuaian perlindungan.
ANTARA KEWAJIPAN DAN KEFAHAMAN
Lama-kelamaan, pembaharuan polisi menjadi sekadar tugas tahunan dan bukan lagi satu keputusan yang dipertimbangkan dengan teliti.
Keadaan ini penting kerana risiko kewangan berkaitan pemanduan kekal tinggi. Pada tahun 2023 sahaja, hampir 600,000 kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara.
Data industri juga menunjukkan syarikat insurans membayar tuntutan melebihi RM15 juta sehari pada tahun yang sama, mencerminkan kekerapan kemalangan serta peningkatan kos rawatan dan pembaikan.
Perubahan ini memberi kesan kepada premium dan syarat perlindungan dari semasa ke semasa. Bagi pengguna, keadaan ini boleh menyebabkan beban kewangan yang besar sekiranya berlaku kemalangan atau perlindungan tidak mencukupi.
Bagi kebanyakan isi rumah, kekurangan perlindungan selalunya hanya disedari apabila berlaku tuntutan insurans kenderaan.
Namun begitu, corak pembaharuan masih kekal sama. Pertimbangan kos jangka pendek sering mendahului risiko jangka panjang, walaupun kos tuntutan dan pembaikan semakin meningkat.
Berbanding insurans lain, tanggapan bahawa insurans kenderaan mudah difahami sering tidak mencerminkan realiti sebenar.
Perkara seperti nilai dipersetujui berbanding nilai pasaran, had perlindungan pihak ketiga serta perlindungan tambahan sering tidak difahami sepenuhnya.
Akibatnya, ramai menyangka perlindungan mereka memadai, sedangkan kekurangannya biasanya hanya diketahui apabila tuntutan dibuat.
KEKELIRUAN SERING BERPUNCA DARIPADA PERSEPSI, BUKAN STRUKTUR
Apabila pendedahan kewangan dalam kehidupan harian meningkat, salah faham terhadap insurans membawa risiko kewangan yang nyata kepada isi rumah.
Insurans masih sering dilihat sebagai sesuatu yang teknikal dan rumit, dengan dokumen serta terma yang sukar difahami. Bagi sebahagian rakyat Malaysia, pengalaman lalu membentuk tanggapan bahawa urusan insurans adalah sesuatu yang merumitkan.
Realitinya, banyak urusan insurans kini telah beralih ke saluran digital. Proses pembaharuan, perbandingan polisi dan akses kepada ejen berlesen semakin mudah dilakukan. Namun kemudahan akses tidak bermakna pengguna lebih memahami perlindungan mereka.
Perbezaan ini jelas kelihatan. Pembaharuan polisi boleh dilakukan dengan mudah, tetapi pemahaman masih tidak menyeluruh. Cabaran utama bukan lagi akses, tetapi kejelasan maklumat perlindungan.
KE ARAH PERLINDUNGAN YANG LEBIH MUDAH DIFAHAMI
Untuk memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap insurans, usaha yang diperlukan bukan sekadar memudahkan urusan transaksi.
Keutamaan sebenar ialah memastikan maklumat perlindungan disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. Apabila istilah dan penjelasan tidak terlalu teknikal, pengguna lebih mampu memahami perlindungan yang dibayar serta rasional di sebaliknya.
Dalam konteks insurans kenderaan, ini bermaksud membantu pemandu memahami bagaimana bentuk perlindungan berkait dengan risiko sebenar di jalan raya, dan bukan sekadar melihat pembaharuan polisi sebagai urusan tahunan.
Di GoInsuran, kemudahan akses bukan sekadar ciri perkhidmatan, tetapi satu tanggungjawab.
Proses perbandingan dan pembaharuan direka supaya lebih jelas dan mudah difahami, agar pengguna dapat berurusan dengan insurans dengan lebih yakin, khususnya bagi perlindungan wajib seperti insurans kenderaan yang melibatkan komitmen kewangan yang besar.
MEMPERKUKUH KEFAHAMAN MELALUI PENDEKATAN BAHARU
Pendekatan yang lebih mudah difahami tidak mengurangkan tanggungjawab pengguna. Sebaliknya, ia memperkukuh keupayaan pengguna membuat keputusan dengan merapatkan jurang antara kewajipan memiliki insurans dan kefahaman terhadap perlindungan yang dimiliki.
Dalam keadaan tekanan kos sara hidup yang berterusan, kekurangan pemahaman tentang perlindungan boleh membawa kesan kewangan yang serius kepada isi rumah.
Isunya bukan kerana rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan insurans, tetapi kerana masih wujud jurang antara risiko kewangan yang dihadapi dan kefahaman terhadap perlindungan yang dimiliki.
Merapatkan jurang ini bukan sekadar soal harga. Ia memerlukan maklumat yang lebih jelas serta cara penyampaian yang membantu pengguna memahami perlindungan yang mereka miliki.
Apabila insurans difahami dengan jelas, ia tidak lagi dilihat sekadar sebagai kewajipan tahunan tetapi sebagai sebahagian daripada komitmen kewangan. Jurang sebenar bukan pada akses kepada perlindungan semata, tetapi pada kefahaman terhadap perlindungan yang dimiliki.










