PETALING JAYA: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin diarah membayar ganti rugi kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM50,000 kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap agensi itu. Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mas Ermieyati juga perlu membuat permohonan maaf secara bertulis, menarik balik kenyataan dan memadam semua hantaran video di semua platform media sosialnya. “Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi Melaka Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Isa Aziz Ibrahim…










