PETALING JAYA: Malaysia akan menjadi hab kenderaan elektrik (EV) dengan pengenalan dasar yang melibatkan nilai tambah tinggi terhadap semua syarikat automotif di negara ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pendekatan pembangunan itu bertujuan membina ekosistem mampan dan berdaya saing termasuk untuk tujuan eksport. “Dasar kementerian bukan bersifat perlindungan kepada segelintir pemain tempatan, tetapi berteraskan pembangunan menyeluruh industri dalam jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan…










