KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan perjanjian itu menepati tujuan asalnya iaitu menjamin kelangsungan perdagangan dengan negara tersebut.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penilaian yang sedang dijalan akan mengenalpasti mana-mana peruntukan di bawah ART yang memerlukan penambahbaikan atau perlindungan yang lebih komprehensif.
Beliau berkata, ia bagi memastikan pelaksanaannya adalah selaras dengan dasar berkecuali dan tidak berpihak serta komitmen negara di bawah piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan perjanjian perdagangan bebas sedia ada yang sudah dimeterai.
“Kementerian akan mengemukakan hasil kajian untuk perbincangan dan pertimbangan Jemaah Menteri dengan mengambil kira kepentingan keselamatan ekonomi nasional, pertimbangan diplomatik, implikasi perundangan serta obligasi antarabangsa Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai hasil semakan semula terhadap impak ART ke atas ekonomi negara dan sama ada kerajaan akan memulakan rundingan semula.
Johari berkata, ART setakat ini masih belum berkuat kuasa dan penguatkuasaan perjanjian itu hanya akan berlaku selepas 60 hari pertukaran instrumen ratifikasi oleh kedua-dua belah pihak.
Kata beliau, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bekerjasama rapat dengan kementerian dan agensi berkaitan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap ART.
Jelasnya, penilaian itu termasuk memastikan pelaksanaan perjanjian tersebut selaras dengan tujuan asalnya bagi menjamin kelangsungan perdagangan dengan AS.
“Penilaian ini merangkumi penelitian terhadap hasil daripada akses pasaran berikutan pengurangan tarif serta peruntukan yang mungkin berpotensi menjejaskan kedaulatan dan ruang dasar perdagangan negara, pembangunan industri serta kesan kawal selia yang telah dipersetujui.
“Ia perlu selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia sedia ada dan di masa hadapan,” katanya.
habis//
menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai hasil semakan semula terhadap impak ART ke atas ekonomi negara dan sama ada kerajaan akan memulakan rundingan semula.
Johari berkata, penilaian yang sedang dijalan akan mengenalpasti mana-mana peruntukan di bawah ART yang memerlukan penambahbaikan atau perlindungan yang lebih komprehensif.
Jelasnya, ia bagi memastikan pelaksanaannya adalah selaras dengan dasar berkecuali dan tidak berpihak serta komimten negara di bawah piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan perjanjian perdagangan bebas sedia ada yang sudah dimeterai.
“Kementerian akan mengemukakan hasil kajian untuk perbincangan dan pertimbangan Jemaah Menteri dengan mengambil kira kepentingan keselamatan ekonomi nasional, pertimbangan diplomatik, implikasi perundangan serta obligasi antarabangsa Malaysia,” katanya. – UTUSAN










