Malaysia berpotensi jadi hab filem aksi Pan-Asia - Shi Yan Neng - Utusan Malaysia

Malaysia berpotensi jadi hab filem aksi Pan-Asia – Shi Yan Neng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelakon aksi antarabangsa dan ‘master’ Shaolin, Shi Yan Neng, berpendapat Malaysia mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab bagi genre filem aksi Pan-Asia, mengambil kira kepelbagaian budaya masyarakatnya.

Menurutnya, keunikan tersebut menjadi faktor utama yang mendorongnya memulakan langkah besar dalam industri filem aksi antarabangsa menerusi projek terbaharunya, Hunter Eleven: The Awaken.

“Bagi saya, filem aksi Pan-Asia akan berkembang pesat pada masa hadapan.
“Malaysia ialah sebuah negara yang sangat unik kerana menghimpunkan pelbagai elemen seperti kepelbagaian kaum, bahasa dan budaya.

“Justeru, Malaysia berkemungkinan besar menjadi hab atau pangkalan penting bagi industri perfileman, khususnya dalam genre aksi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Studio Seri Iskandar, baru-baru ini.

Tambah Shi Yan Neng, dia berazam untuk membawa filem aksi terbitan Malaysia ke persada dunia agar mampu bersaing di peringkat global serta mendapat pengiktirafan penonton antarabangsa.

Sementara itu, bintang aksi terkenal Indonesia, Yayan Ruhian, mengakui penglibatannya dalam Hunter Eleven: The Awaken sebagai peluang keemasan yang sukar dilepaskan, apatah lagi berpeluang bekerjasama dengan pendekar Shaolin tersebut.

Menurut pelakon Indonesia itu, pertemuan dan kerjasama bersama Shi Yan Neng merupakan pengalaman yang jarang berlaku dalam kerjaya seninya sebagai pengamal silat.

“Apa yang menarik tentang filem ini ialah peluang untuk bertemu dengan seorang pendekar dari Shaolin, iaitu Shi Yan Neng. Ini merupakan momen yang amat berharga buat saya.

“Saya berharap projek ini menjadi wadah untuk menimba lebih banyak pengalaman, selain dapat bekerjasama dengan pasukan aksi yang sangat profesional,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN