Majlis dihadiri Azam Baki dikawal ketat 

Majlis dihadiri Azam Baki dikawal ketat 

AZAM Baki hadir ke Majlis Konvensyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Ke 12 di Bangi Avenue Convention Center (BACC) Bangi di sini hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kawalan keselamatan Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) yang dihadiri Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diperketat bagi mengelak sebarang kekecohan.

Pihak penganjur turut menempatkan pasukan keselamatan daripada SPRM untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Difahamkan, kawalan ketat itu bagi mengelak insiden kekecohan yang berlaku semasa penganjuran Wacana Ilmiah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur 7 April lalu berulang.

Bagaimanapun, majlis yang berlangsung bermula pukul 8.30 pagi, berjalan lancar tanpa sebarang gangguan tidak diingini. 

Kawalan turut mendapat kerjasama polis bantuan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Petugas media yang hadir membuat liputan juga perlu membuat pendaftaran dan diberi pas khas.

Pada penganjuran Wacana Ilmiah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur 7 April lalu yang dihadiri Azam Baki, kecoh susulan tindakan dua lelaki membawa sepanduk dan cuba mencetuskan provokasi.

Suasana dewan bertukar tegang apabila seorang daripada individu berkenaan bertindak menjerit sambil meluru pantas ke arah hadapan pentas.

Susulan kejadian itu, tiga individu ditahan polis kerana didakwa mencetuskan gangguan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN