PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan keluarga Pastor Raymond Koh mendapat akses kepada Laporan Pasukan Petugas Khas (STF) yang diklasifikasikan sulit. Keputusan itu dibuat oleh barisan tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian bersama Datuk Ismail Brahim dan K. Muniandy selepas kerajaan menarik balik rayuan berkenaan. Ketika prosiding, Nurul Farhana Khalid yang mewakili kerajaan, memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan bahawa notis pemberhentian rayuan telah…










