MELAKA: Teknologi penjanaan tenaga daripada sisa (WtE) dilihat sebagai antara penyelesaian strategik dalam menangani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, krisis berkenaan menunjukkan keperluan mendesak untuk negara beralih kepada sumber tenaga alternatif yang lebih mampan dan berdaya tahan “Dalam konteks global, krisis tenaga dunia menuntut kita mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan memperkukuh sumber tenaga boleh baharu seperti…










