PETALING JAYA: Op Hazard 3.0 di Klang dekat sini, semalam melumpuhkan rangkaian sindiket pemprosesan dan penyimpanan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) berorientasikan keuntungan besar bernilai lebih RM62.7 juta. Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md. Yusof berkata, kegiatan itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dan pihaknya berjaya menahan 17 lelaki termasuk seorang warga tempatan yang bekerja di premis berkenaan. Katanya, e-waste…










