KUSKOP, BNM perkukuh ekosistem pembiayaan PMKS

KUSKOP, BNM perkukuh ekosistem pembiayaan PMKS

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keperluan meningkatkan akses kredit dan pembiayaan yang lebih inklusif khususnya bagi usahawan baharu dan peminjam kali pertama menjadi antara fokus utama dalam usaha memperkukuh ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah itu penting bagi memastikan lebih ramai usahawan mendapat peluang pembiayaan, terutama dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

Menurutnya, perkara itu turut dibincangkan dalam pertemuan bersama Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour yang menyentuh peranan strategik bank pusat dan institusi kewangan dalam memperkukuh sokongan kepada PMKS.

“Selain memperluas akses kredit, pendekatan pembiayaan hibrid atau blended financing juga dilihat berpotensi dengan menggabungkan kekuatan sektor kewangan dan pasaran modal bagi menyokong pertumbuhan PMKS.

“KUSKOP turut menyambut baik pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kemudahan SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF) berjumlah RM5 bilion bagi membantu PMKS yang terjejas akibat krisis bekalan global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Steven Sim berkata, dalam mendepani cabaran semasa, sokongan kepada PMKS memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan, institusi kewangan, sektor perbankan serta keseluruhan ekosistem keusahawanan.

Katanya, pendekatan “all hands on deck” itu selari dengan misi KUSKOP untuk “Hebatkan Perniagaan Malaysia”, selain memastikan lebih banyak perniagaan tempatan kekal berdaya tahan dan mampu berkembang.

“KUSKOP komited bukan sahaja membantu PMKS menghadapi cabaran ekonomi global, malah memastikan sektor itu terus meningkatkan produktiviti dan melonjak ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Sehingga Mac 2026, pembiayaan kepada PMKS oleh institusi perbankan dan institusi kewangan pembangunan (DFI) telah mencecah RM443.8 bilion, mewakili hampir 51 peratus daripada keseluruhan pinjaman perniagaan di negara ini, sekali gus menjadi asas kukuh untuk terus diperkasa dengan sokongan berterusan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN