KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memberi tumpuan serius kepada pembangunan teknologi tempatan, khususnya dalam industri pertahanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, konsep kedaulatan negara tidak lagi terhad kepada sempadan dan aspek fizikal semata-mata, sebaliknya bergantung kepada peperangan moden yang dipacu kecerdasan buatan (AI) serta sistem siber. Katanya, kedaulatan turut merangkumi keupayaan sesebuah negara untuk memiliki, mengawal dan membangunkan teknologi kritikal secara sendiri…










