PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan tular yang menyatakan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berdasarkan kaum. KPM dalam kenyataan menegaskan, maklumat yang tersebar itu tidak tepat serta bertujuan mengelirukan masyarakat. Menurut kenyataan itu lagi, pihak kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang mengaitkan keputusan peperiksaan dengan latar belakang kaum calon. “Masyarakat dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat palsu dan mendapatkan berita sahih hanya dari…










