BENTONG: Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan mencederakan rakan setugasnya termasuk seorang mangsa dilaporkan kritikal, hujung bulan lalu. Sukry Tasu, 37, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Aiman Azahan. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas sebagai penjaga stor didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24. Perbuatan itu didakwa…










