KUALA TERENGGANU: Penganjur Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026 menyifatkan isu konvoi bermotosikal SG4 yang diadakan sempena program tersebut sebagai perkara kecil dibandingkan dengan kejayaan penganjurannya. Pengarah program, Dr .Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, isu itu tidak seharusnya menenggelamkan kejayaan penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026. “Mereka cuba menutup kejayaan ijtimak itu yang mendapat sambutan luar biasa dan membawa agenda besar penyatuan umat…










