Kisah pertempuran SC dibukukan dalam 'Jasa Mu Dikenang'

Kisah pertempuran SC dibukukan dalam ‘Jasa Mu Dikenang’

MAJLIS Pelancaran Buku Jasamu Dikenang 70 Tahun Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia (PBPKNM) yang disempurnakan oleh Pengerusi Sekretariat Majlis, Tan Sri Dato Seri Musa Hassan di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman pertempuran anggota Special Constable (SC) ketika zaman darurat antara kisah dipaparkan dalam buku ‘Jasa Mu Dikenang’ yang dilancarkan semalam.

Buku setebal 128 muka surat itu menghimpunkan pelbagai pengalaman operasi pasukan keselamatan termasuk detik cemas ketika berdepan ancaman komunis serta kisah menyayat hati anggota yang menjadi mangsa jerangkap samar.

Menurut Pemangku Yang diPertua Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia (PBPKNM) Ahmad Zaki Ibrahim berkata, buku tersebut diterbitkan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa perjuangan pahlawan negara.

“Buku ini menceritakan kisah pertempuran anggota SC di Hulu Perak dan kisah diserang hendap komunis satu Ketika dahulu selain pengalaman mereka yang terkena jerangkap samar.

“Di samping itu, buku ini bukan sahaja merakamkan detik-detik getir yang dilalui anggota keselamatan, malah turut memaparkan sejarah ringkas penubuhan persatuan yang bermula sejak tahun 1955. Ia diterbitkan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan negara,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Beliau berkata, sebagai permulaan buku itu akan dicetak sebanyak 120 naskah sebagai permulaan dan diberikan kepada pihak tertentu terlebih dahulu sebelum dijual untuk cetakan lain pada masa akan datang.

“Insya-Allah dalam tempoh dua tahun ini, kita akan judulkan lebih banyak kisah-kisah anggota keselamatan lain yang bukan hanya tertumpu kepada anggota SC semata-mata,” jelasnya.

Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, buku tersebut mampu menjadi rujukan sejarah kepada generasi kini dalam memelihara keamanan dan kedaulatan negara.

“Buku ini lambang penghormatan agar kisah tidak hilang ditelan zaman dan tatapan kepada generasi akan datang, ” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN