Kiki didenda RM6,000, tawar 'kabel' Imigresen

Kiki didenda RM6,000, tawar ‘kabel’ Imigresen

Tertuduh, Kiki Sefti Mohd. Aini, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, R. Salini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pemuda didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengambil wang untuk membantu urusan pekerja asing, awal bulan ini.

Tertuduh, Kiki Sefti Mohd. Aini, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, R. Salini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kiki Sefti didakwa dengan curangnya mendorong seorang pengusaha perniagaan membuat pindahan wang berjumlah RM1,500 untuk mengendalikan permohonan permit kerja bagi pihaknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 10.37 pagi, di alamat Jalan Dataran Kulai 1, 1 April lalu. Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, seorang warga emas berusia 64 tahun didenda RM5,000, jika gagal bayar penjara lima bulan selepas mengaku bersalah melakukan kerja memungut hutang secara tidak sah dengan syarikat along, Mei tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada lima anak itu telah didakwa telah mewakili agensi pinjaman wang untuk mengutip hutang secara tidak berdaftar di pasaran TJ Mart, Saleng, di sini pada bulan Mei 2025.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Weng Hong manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Seay Sean.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN