Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

HANNAH Yeoh (dua kanan) mendengar penerangan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus (kanan) mengenai pelaksanaan sistem CCTV bersepadu berskala besar yang menghubungkan keupayaan pemantauan, penguatkuasaan dan pengurusan bandar selepas sidang akhbar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/ FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemasangan 10,000 kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi kecerdasan buatan (AI) di ibu negara berjaya meningkatkan keupayaan pengesanan suspek dan siasatan jenayah sehingga 50 peratus.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan pemantauan melalui sistem CCTV itu membantu mempercepatkan proses siasatan sekali gus menyumbang kepada penyelesaian kes yang lebih berkesan.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan antara pencapaian terbaik setakat ini dalam usaha memperkukuh keselamatan awam di ibu negara.

“Pihak PDRM menganggap ini sebagai inisiatif dan pencapaian terbaik setakat ini kerana ciri kecerdasan buatan yang ada amat membantu dalam menjaga ketenteraman
awam.

“Kami juga akan terlibat secara langsung dalam kolaborasi bersama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan bandar raya Kuala Lumpur
secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar pelaksanaan sistem CCTV bersepadu antara DBKL dan PDRM di ibu negara di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Fadil berkata, ketika ini semua 10,000 CCTV berkenaan di bawah pemantauan Pusat Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC), selain proses ‘mirroring’ sedang dilaksanakan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“PDRM turut menempatkan pegawai dan anggota di KLCC bagi memantau situasi secara langsung dan memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku insiden.

“Bila kita dapat melihat keadaan secara nyata dan secara langsung, tugas anggota polis di lapangan dapat disegerakan mengikut keperluan berdasarkan maklumat yang diperoleh,” katanya.

Beliau berkata, jenayah fizikal seperti samun, pergaduhan dan serangan merupakan antara fokus utama penggunaan sistem berkenaan kerana pergerakan suspek dapat dikesan dengan lebih cepat.

“Sekiranya berlaku jenayah fizikal di mana-mana lokasi dalam Kuala Lumpur, sistem ini akan sangat membantu kerana pergerakan suspek dapat dikenal pasti dari mana ke mana, menggunakan kenderaan apa dan laluan yang digunakan.

“Itu adalah antara perkara yang pasti membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan dengan lebih berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN