Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS didakwa terima rasuah

Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS didakwa terima rasuah

WAN Abdul Latiff Wan Jaffar berdepan tuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua pengurusan tertinggi Jabatan Alam Sekitar termasuk Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menerima rasuah.

Wan Abdul Latiff, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Suzana Hussin atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 berkaitan pembinaan sebuah projek jalan di Pulau Pinang, tahun lalu.

Perkara itu berhubung permohonan kebenaran merancang untuk cadangan membina jalan berkembar Bukit Kukus dan kerja tanah mitigasi di atas tanah kerajaan Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.   

Pendakwaan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama dengan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000. 

Dr. Norhazni Mat Sari

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar, Dr. Norhazni Mat Sari mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima enam suapan berjumlah RM21,000 daripada seorang pengarah syarikat pengurusan sisa berjadual, empat tahun lalu. 

Norhazni, 59, didakwa telah menerima wang itu melalui enam transaksi secara pindahan dalam talian bagi pihak anaknya daripada seorang pengarah syarikat  yang mempunyai kaitan kerja rasmi di Maybank Bukit Bintang antara 18 April 2022 dan 19 Julai 2024. 

Pendakwaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan Wan Abdul Latiff diikat jamin RM40,000 manakala Norhazni RM25,000 dengan syarat tambahan pasport diserahkan sehingga perbicaraan selesai-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN