PETALING JAYA: Sebanyak 12 buah pusat perantara atau mediasi komuniti akan ditubuhkan bagi memperkukuh mekanisme penyelesaian konflik masyarakat secara aman. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementerian itu sedang memperhalusi penubuhan pusat tersebut yang melibatkan 10 negeri serta dua wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan. Katanya, pusat berkenaan akan menyediakan perkhidmatan mediasi secara percuma kepada orang ramai sekali gus membantu individu atau pihak terlibat mendapatkan penyelesaian terbaik…










